Monday 28 November 2011

Menjelajah Dunia Globalisasi

Membacc telah mengadakan 1 program luar kampus iaitu "Menjelajah Dunia Globalisasi" yang di adakan pada 24 November 2011 hingga 26 November 2011.  Program selama 3 hari bertempat di sekitar negeri Perak ini  telah disertai oleh pelajar fakulti Perakakunan seramai 58 peserta. Antara aktiviti yang diadakan ialah lawatan ke Bukit Merah, Gua Tempurung dan perjumpaan bersama MOBAC di UiTM Seri Iskandar.



Saturday 22 October 2011

Perjumpaan Bersama KK

MEMBACC meneruskan program ke-2 yang bertajuk "Perjumpaan Bersama Koodinator Kursus (KK) AC220" pada 20 Oktober 2011 dimana program ini khas diadakan bagi mendekatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Koordinator Kursus AC220 dan juga Ketua Pembangunan Pelajar (KPP) yang baru. Koordinator Kursus pada mulanya dikenali sebagai Ketua Program (KP) dan nama ini ditukar kepada Koordinator Kursus (KK) bermula semester ini. Jawatan KK disandang oleh salah seorang pensyarah Perakaunan, Puan Rosliza Bahari manakala jawatan KPP disandang oleh Encik Hasan Bin Husin yang juga pensyarah Perakaunan.

Saturday 8 October 2011

Interpart Sport Days




Persatuan MemBacc telah memulakan aktiviti pertama untuk semester September 2011 - Jan 2012 dengan aktiviti berunsur kesukanan iaitu program Interpart Sport Days yang telah diadakan pada 7-8 Oktober 2011 di Gelanggang Futsal, Bola Tampar dan Bola Jaring di UiTM Kampus Machang. Aktiviti yang dijalankan selama 2 hari ini telah mendapat sambutan dari Mahasiswa & Mahasiswi yang terdiri daripada pelbagai kursus. Walaupun terdapat kesulitan yang dialami, namun program ini mampu dijalankan dengan jayanya. 


Pendaftaran Kumpulan peserta



Monday 11 April 2011

Pencarian Ahli Baru MemBacc

MemBacc sedang mencari ahli2 baru bagi sesi Sept 2011.
Jika anda berminat, sila hubungi MT MemBacc di talian berikut untuk mendapatkan borang:
Wan Azmeer - 0133136965
Amirul - 0133002370
Auni - 0145005587
'Aisyah - 0139628837
Dzarif - 0133439116

P/s - borang boleh diambil mulai 12 April 2011 sehingga 19 April 2011. CGPA anda mestilah 2.75 dan ke atas, berkomitmen tinggi dan boleh bekerja dalam kumpulan.

~STRIVE FOR THE BEST~

Saturday 2 April 2011

Accountancy Days - Day 1

Accountancy Days ialah satu aktiviti yang telah dijalankan selama dua hari bermula 4 Mac 2011 hingga 5 Mac 2011. Aktiviti in telah dirasmikan oleh Puan Wan Zurina Haji Abdul Majid, Ketua Program Sarjana Muda Perakaunan UiTM kampus Machang, Kelantan. Pada hari pertama terdapat 2 sesi yang dijalankan iaitu sesi pagi bersama Pelatih PLKN Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan & sesi petang bersama Mahasiswa & Mahasiswi Perakaunan.  Sesi ini bertempat di Dewan Profesional.

Friday 1 April 2011

OPKIM


Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) pada 28 Januari 2011 hingga 31 Januari 2011 adalah antara salah satu aktiviti yang telah dilaksanakan oleh MemBacc di Kampung Tengku Abdul Rahman Petra, Kuala Balah, Jeli, Kelantan. Seramai 77 orang mahasiswa & mahasiswi telah mengambil bahagian bagi menjayakan aktiviti luar Universiti ini yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai kehidupan di desa serta mengeratkan lagi silaturrahim antara mahasiswa universiti & masyarakat desa. Antara aktiviti yang diadakan ialah program keluarga angkat, sukaneka, gotong-royong, explorace, dan program bersama pelajar sekolah. Progam ini dapat dijayakan dengan kerjasama UMNO kawasan Jeli & Kesedar Wilayah Jeli.

Wednesday 30 March 2011

New Adventure Workshop


New Adventure Workshop ialah salah satu aktiviti anjuran MemBacc yang bertujuan mendedahkan mahasiswa & mahasiswi terhadap perkhidmatan UiTM, penampilan diri mahasiswa serta memberi arah tuju masa depan mahasiswa & mahasiswi Diploma & Sarjana Muda Perakaunan. Diadakan pada 22 Januari 2011 bertempat di Auditorium 2 (D200AU) UiTM Kampus Machang, Kelantan bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Nik Kamaruzaman Nik Abdul Latif, Timbalan Pengarah Penyelidikan, Jaringan & Industri (PJI)