Wednesday 30 March 2011

New Adventure Workshop


New Adventure Workshop ialah salah satu aktiviti anjuran MemBacc yang bertujuan mendedahkan mahasiswa & mahasiswi terhadap perkhidmatan UiTM, penampilan diri mahasiswa serta memberi arah tuju masa depan mahasiswa & mahasiswi Diploma & Sarjana Muda Perakaunan. Diadakan pada 22 Januari 2011 bertempat di Auditorium 2 (D200AU) UiTM Kampus Machang, Kelantan bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Nik Kamaruzaman Nik Abdul Latif, Timbalan Pengarah Penyelidikan, Jaringan & Industri (PJI)

Che Faridah Mt Yusoff sebagai MC "New Adventure Workshop"

Aktiviti dimulakan dengan taklimat sepintas lalu dan perasmian bengkel oleh Prof. Madya Nik Kamaruzaman Nik Abdul Latif.

Aktiviti diteruskan dengan taklimat oleh Ketua Program Sarjana Muda Perakaunan, Puan Wan Zurina Haji Abdul Majid berkenaan mengenali fakulti Perakaunan di UiTM kampus Machang, Kelantan.

Bengkel dimulakan dengan program "Adventure 1" dimana Prof Madya Nik Kamaruzarman sebagai penceramah pertama bagi slot "Building Good Image -  An Asset For Future". Ceramah ini bepanjangan selama 1 jam dimana beliau membicarakan tentang pentingnya membina penampilan diri untuk masa hadapan & bagaimana untuk memperbaiki penampilan diri.

Prof. Madya Nik Kamaruzaman sedang memberi ceramah

Selepas berakhir slot "Adventure 1", Para Jemputan serta  Mahasiswa & Mahasiswi dihidangkan dengan minum pagi sebelum meneruskan slot "Adventure 2". 
Mahasiswa & Mahasiswi sedang mengambil makanan yang disediakan
Aktiviti diteruskan dengan slot "Adventure 2" dimana penceramahnya ialah Puan Norhayati Samba Mohamed, Pensyarah Fakulti Perakaunan & Cik Shamifaten Suhaimi, Mahasiswi Cemerlang Sarjana Perakaunan. Ceramah yang disampaikan adalah berkenaan dengan "Study Smart" dimana mahasiswa & mahasiswi didedahkan dengan cara-cara pembelajaran secara berkesan.

Selepas slot "Adveture 2", disusuli pula dengan slot "Adventure 3" yang bertajuk "How to Survive in An Outside World" dimana Cik Nor Asiah Idris, Pensyarah Fakulti Perakaunan sebagai penceramahnya. Ceramah ini adalah berkenaan keperluan mahasiswa untuk menghadapi dunia kerjaya selepas menjadi lepasan graduan.

Mahasiswa & Mahasiswi serta Para Jemputan dijemput berehat sebentar menjamu selera untuk makan tengah hari pada jam 1 petang.
Para Jemputan Serta AJK Program menjamu selera di Meja VIP
Bengkel aktiviti diteruskan pada jam 2.15 petang selepas selesai solat zuhur & rehat dengan slot "Adventure 4" bertajuk " The Use of Technology And Information System in Learning" dibicarakan oleh Pensyarah Fakulti Perakaunan, Puan Siti Jeslyn Hassan & Cik Siti Dalina Tumiran@Kamal Naser yang membicarakan tentang fungsi dan kegunaan i-Learn, WebOPAC dan pelbagai perkhidmatan teknologi yang disediakan oleh UiTM.
Mahasiswa & mahasiswi sedang mendengar ceramah
Aktiviti terakhir bagi "New Adventure Workshop" iaitu slot "Adventure 5" yang bicarakan oleh Puan Che Rokiah Mohamed, Pensyarah UiTM Kampus Kelantan yang bertajuk "Wise People Learn from The Experience of Others" dimana ceramah ini berkenaan dengan bagaimana Mahasiswa mempelajari sesuatu dari orang yang berjaya untuk mencapai kecemerlangan & kejayaan dalam pelajaran serta kerjaya.

Aktiviti ini diakhiri dengan makan petang untuk para jemputan serta mahasiswa & mahasiswi sebelum bersurai. Sebagai kesimpulannya, bengkel ini telah banyak memberi pendedahan dan memudahkan mahasiswa & mahasiswi terutamanya yang masih baru dalam mengenali selok-belok UiTM Kampus Machang ini. Tidak lupa juga, bengkel ini telah membantu mahasiswa & mahasiswi mengenali khidmat yang telah disediakan oleh UiTM.  

Sekian.

No comments:

Post a Comment